Time and Date

Saturday, December 31, 2011

Bumi Aceh: Kebangkitan setelah Kemusnahan


"akak, kau balik esok tau. Ayah dah beli tiket. Flight Sabtu petang."

"ha ok."

Nasib baik sampai dapat check-in walaupun dah terlewat setengah jam. Fuh. Kalau tak, lebur impian.

Kedatangan kami ke bumi Aceh adalah bukan niat semata-mata untuk bercuti. Niat kami lebih kepada untuk melihat kesan tsunami dan kebangkitan mereka setelah bencana tersebut. Sampai di sana, check-in hotel, rehat-rehat, malam tu pergi round sekitar kawasan hotel sahaja.

Keesokan harinya ayah upah seorang tourist guide untuk bawa kami round sekitar Banda Aceh. It was really fun. Tempat aman, tenang. Sesuai dengan slogan mereka di sana, "Damai Itu Indah". Satu perkara yang aku salute, perempuan bawak moto dan sangkut handbag di bahu. Selamat. Tiada yang meragut. Malah ramai yang berbuat begitu. Dekat Malaysia? Faham-faham je lah.

Seperkara lagi, aku amat kagum dengan keprihatinan dunia terhadap bumi Aceh ketika mereka ditimpa bencana. Kerajaan China, memberi 1000 unit bantuan rumah kepada mangsa tsunami. Tidakkah itu menelan kos yang amat besar? Mereka turut membina sebuah masjid di kawasan perumahan tersebut. Kagum? Ya, aku memang kagum kerana ia menelan kos yang besar dan mereka dengan bermurah hati telah berbuat demikian. Tidak kurang juga dengan Negara Jerman, mereka memberi bantuan sebuah hospital. Negara Turki, juga memberi bantuan beberapa unit rumah. Dan banyak negara lagi yang turut member bantuan. Tidak kiralah bantuan makanan, perubatan atau apa sahaja.

Actually, kedatangan kami pada 25 Disember itu tidaklah begitu dirancang. Kebetulan, pada 26 Disember itu adalah tarikh bagi memperingati bencana tsunami yang pernah melanda bumi Aceh. Maka sedikit sebanyak dapatlah menyelami perasaan mereka pada ketika itu.


Biarkan gambar sahaja yang berbicara.


Bendera negara-negara yang menghulurkan bantuan

Muzium Tsunami Aceh








Kapal yang terdampar di daratan akibat pukulan tsunami





Thursday, December 22, 2011

Happy birthday Wani!


Assalamualaikum.

Baru pulang dari IPSAS. Mata mengantuk tapi x nak tidur petang2 camni. Orang kata x elok. Tapi kadang2 buat jugak kan. HEHE.

Macam biasa, sampai bilik, on laptop, bukak FB, tweetdeck, email, etc. Nampak notification birthday kat FB. Oh its Wani's birthday. Kawan yang aku berkawan dengannya dari umur 7 tahun, dan sampai sekarang, we are still friends. Bila nak wish birthday dia, aku x tahu kenapa tiba2 rasa touching teringat semua moment indah zaman kecil dahulu. Actually kami bertiga selalunya. Aku, Wani, Ecot (Aisyah). Masa zaman budak2, biasalah kejap gaduh kejap baik. Kawan olok-olok la apa la. Entah apa-apa kan.

Sebelum aku pindah kat taman yang aku duduk sekarang, aku tinggal kat satu taman perumahan kos rendah yang dikenali Taman Gading. Episod perjalanan aku sebagai seorang kanak-kanak bermula di situ. Seingat aku, family aku pindah Taman Gading masa aku masuk darjah 1. Since that day, di darjah 1 SK Seri Gading, aku kawan baik dengan Wani dan Ecot. Masa darjah 1-3, kami pergi sekolah naik van arwah Pakcik Dol. Kalau Pakcik Dol sakit masuk hospital ke pergi check up ke, Abg Jamal misai tebal yang angkut kitorang. Bila dah masuk darjah 4, kami naik basikal ke sekolah. 1 km jugak la dari rumah nak ke sekolah. Masa tu, apa ada pasal, 1 km pun kaki boleh kayuh punya. Balik sekolah 1 km lagi. Pergi sekolah agama sebelah petang, tambah lagi 2 km. sekolah kebangsaan dan sekolah agama sebelah-sebelah je pun. Tiap2 pagi nak pergi sekolah, mesti pergi sama-sama. Lepas tu kalau terjumpa El kat tengah2 jalan, kitorang akan say Hi kat El. El tu lelaki tapi macam perempuan. Dia naik basikal memang kepit. Ecot suka buat aksi El tu. 1 hari, jumpa El kat Warung Usop pagi2 nak beli sarapan, kitorang pun dok tegur El ramai2. HAHA. Mesti El bangga. Entah apa cerita El sekarang. Mesti dia dah tua kan. Tu belum part kadang2 kena kejar dgn monyet. HAHA.

Bila dah darjah 6, dah berangan nak bawak moto. Ibu x bagi aku bawak moto selagi x habis UPSR. Time tu memang aku dengki je tengok siapa2 yang dah boleh bawak moto. Habis je UPSR, aku tuntut janji ibu. Ibu bagi bawak. Hati gembira bukan kepalang. Tak ada orang ajar pun. Ibu cakap bawak moto macam bawak basikal, bezanya ada gear je. Aku pun lenjan je. Biasalah duduk kat pekan. That's why today, I am blessed enough because I am not grown up at town. Kalau x, moto pun haram aku x reti bawak. Masa tu kitorang bertiga memang dah expert bawak moto kononnya. Ada satu hari tu, Ecot bawak, aku duduk tengah2, Wani duduk belakang sekali. Entah macam mana, Ecot masuk je gear 1, tayar depan terangkat tinggi lah jugak. Giler. Memang giler. Masa tu cuak kot siapa2 nampak nanti report kat mak masing2. Luckily kitorang simpan rahsia tu ketat-ketat sebab takut nanti x dapat bawak moto lagi. HAHA. Tu belum part pegi skodeng budak lelaki mandi parit. Kecik2 dah pandai skodeng. Entah apa-apa.

Sampai sekarang, bila aku teringat setiap kenangan tu, aku rasa touching dan aku akan tersengih sendiri. At least aku ada kenangan yang indah membesar sebagai 'pekan' girl yang agak ligat di waktu itu. Bulan 9 lepas, aku pergi rumah Cikgu Aryati kat Putrajaya. Bekas cikgu aku masa kat SK Seri Gading dulu. Cikgu cakap aku baik kat sekolah, kalau semua budak macam aku, cikgu senang hati. HAHA. Cikgu, tu berlakon je. Kat sekolah memang kena baik. Kata pengawas, lepas tu cikgu lantik lagi jadi ketua librarian. Tapi cikgu x tahu, masa tu kitorang memang nakal. Kitorang makan dalam library, tidur dalam library sampai kena sumpah dengan Cikgu Salbiah. Sampai sekarang Cikgu Salbiah x tahu kenakalan kami masa tu even hampir tiap tahun kami beraya rumah dia. HEHE. Ampun cikgu2 sekalian. Oh ye, semua tu berlaku after UPSR. Memang betul2 keluar tanduk lah. HAHA.

Oh, panjang pulak cerita ye. Actually nak buat entri ni khas utk Wani. Ehem. J

To my dear friend Wani, Selamat Hari Lahir ke 23. Moga dipanjangkan usia dan dilimpahkan rezeki. I know u are such a tough girl and now has grown up to be a woman. May Allah bless u and your family as well. You are such a good friend of mine. Thanks for all those sweet moment that we have been through together. I am blessed to have u as my friend. Friends till Jannah. Love u! J
Aku-Ecot-Wani. Eid 2010. Miss u guys.
p/s: Ecot bakal jadi bini orang bln 5 nti, insyaAllah. 

Sunday, December 18, 2011

Menukar ‘pakaian’ baru

Terkadang aku terfikir mengapa manusia tidak habis-habis usahanya menyusahkan orang lain? Membebankan orang lain? Menyaratkan fikiran orang lain dengan masalah sendiri. Adakah itu kejadian semulajadi dirinya? Aku sukar mengerti. Sukar ditakrifkan apatah lagi untuk di'iyakan'. Ah manusia. Semenangnya sukar untuk dimengerti.

Kalian boleh menghina aku tapi kalian jangan menghina mengutuk atau mencaci apa sahaja tentang keluarga aku atau orang-orang yang aku sayang. Aku ini bukan pendendam. Aku sedar Islam tidak pernah mengajar aku akan berhati kotor.

Moga kau yang di luar sana, berubah untuk sebuah kebaikan yang hakiki.

Tuhan itu sentiasa ada untuk kau.

Aku gusar dan kadang-kala risau jikalau aku sukar mengawal penghormatan yang sepatutnya aku berikan pada kau kerana aku sedar aku ini muda dan kau lebih tua.

Please stop doing all those rubbish things. I am sick of it! Tukarlah 'pakaian' yang sedia ada kepada 'pakaian' yang baru.

Wednesday, December 14, 2011

Sekadar selingan

Assalamualaikum.

Situasi tak berapa nak best sedang dihadapi. Stress ke? Dah biasa. Tapi semua orang tak suka stress kan? Last week aku cirit-birit dan demam yang agak teruk. Memang dugaan. Time aku sakit tak dapat pergi kelas la Prof nak habiskan silibus lalu memutuskan bahawa next week adalah FINAL EXAM. Ye, final exam. Sekian harap maklum. Tapi aku buat cool. Konon cool sebab aku tahu budak2 lain lagi la dengan seminar diorang bagai. Aku? Aku pun sama. Assignment extension menggila. Banyak. Aku cuba positif sebab aku tahu kesannya di masa akan datang. OK Prof, I'll take the challenge. Lantak ah kena bambu dalam kelas yang kecik seramai 9 orang tu ke hape ke. Aku redha. Dalam kelas kami dilabel orang muda yang seperti masih kekurangan ilmu, tak pernah bekerja. Sounds like boleh membangkitkan kepanasan telinga tapi cuba rileks. Ye kami orang muda, masih belum cukup ilmu, pengalaman hidup tapi aku pernah bekerja. Bekerja demi mengutip secebis pengalaman yang pernah mengundang pelbagai episod pahit manis dalam kehidupan selama 4 bulan itu. Oh terima kasih Tuhan untuk pengalaman itu.

Tadi aku tiba-tiba terfikir, kalau aku kawin, aku ditakdirkan beranak time belajar, anak aku mesti bijak kan? Patut la mereka yang kawin masa belajar ni agak efektif. Anak2 mereka juga kelihatannya bijak. Ah sudah. Tak payah nak berangan lebih. Kang belajar ke mana rumahtangga ke mana. Aku masih belum sedia. Hanya hati berkata-kata. HEHE.

Ok dah, wasalam. Doakan aku dapat 4.0 sem ni. Amin.

Sunday, December 11, 2011

Ombak Rindu



Dah tengok Ombak Rindu? Aku yakin ramai yang dah pergi tengok. Siapa yang x tahu pasal novel Ombak Rindu zaman sekolah menengah dulu memang x tau la nak kata apa. Aku syak korang yang x tahu pasal novel Ombak Rindu tu mungkin kerana naïf x baca bahan bacaan lain selain buku teks dan buku rujukan atau korang belum ada perasaan jiwang2 di usia belasan tahun. HAHA.




Kalau x silap aku, novel Ombak Rindu ni famous ketika aku Form 2 or Form 3. Oh zaman itu memang zaman kegemilangan novel. Zaman kegemilangan menjadi seorang anak gadis yang nak tahu macam2 benda. Itu aku lah. Tak tahu jika anda adalah anak gadis yang tak ada rasa nak tahu macam2 benda. OK back to the topic.

Apa feeling korang tengok Ombak Rindu ni? Nangis? Feeling abis jiwang tiptop? HAHA. SO far OK lah kan. Siapa tak melting bila tengok Aaron Aziz kan. Maya Karin jadi perempuan kampung pun OK la jugak. Tapi macam x berapa nak best bila Lisa Sughihani jadi perempuan gedik. Aku x reti nak komen lebih2 pasal movie ni. Bagi aku, OK. Aku suka kampung Izzah. Heaven. Tenang aman cantik. Aku suka sawah. Aku suka kampung. Sebab itu salah satu misi aku adalah tettt. Aku pernah tulis dulu kan. HEHE.

OK siapa yang rasa diri dia bukan minah jiwang, mungkin dia x rasa apa-apa bila tengok movie ni. Bagi lelaki, kalau dia adalah mat jiwang, mungkin dia ada rasa tersentuh. Agaknya la. HEHE. So far not bad. Emm tapi layan novel dia lagi masyuk. Agak2 ada ulang cetak lagi tak novel Ombak Rindu ni eh?