Time and Date

Wednesday, December 29, 2010

Move forward BIG GIRL

Salam

Kadang-kadang aku sedih, letih bila melihat orang yang kecundang. Sakit? Ya, memang sakit. Aku tahu itu. Bukan senang mahu membuang rasa sayang kepada orang yang pernah disayangi. Kenapa harus begitu? Susah untuk dijawab. Jodoh itu rahsia Allah. Semoga mereka, dan aku terus kuat menempuh apa jua yang hadir. Move forward BIG GIRL!

Selamat Hari Lahir Ayah!

Salam


27 Disember adalah hari lahir ayah saya. Selamat Hari Lahir Ayah! Having a supportive father is much appreciated. Ayah saya bukan orang pandai. Dia orang kampung. Tapi dia berani redah kehidupan. Macam-macam dia dah tempuh. Kadang2 saya rasa nak nangis bila dengar kisah lampau ayah yang sarat dengan cabaran dan dugaan (ah cengeng la ko). Sebab tu ayah x nak tengok anak-anak dia lemah. Dia mahu anak-anak dia kuat. Meredah kehidupan mengikut kemampuan. Selagi terdaya, kau redah. Macam tu lah.


Kadang2 saya manja. Saya sulung, dan saya seorang anak perempuan ayah. Ayah boleh baca apa dalam fikiran saya. Sejak saya sudah kerja, ayah kadang2 masih hulur duit. Saya x minta tapi ayah yang beri. Rezeki bukan? Hehe.. yelah, ayah mana x sayang anak? Dia tahu yang anak dia ni kadang2 sengkek x ada duit. Sayalah yang merantau duduk jauh dengan keluarga sejak tamat Form 5. Tercampak di utara, di tengah, dan Alhamdulillah saya masih boleh bertahan. Seorang ayah tidak akan sama seperti seorang ibu. Prihatin seorang ibu itu nampak jelas dan nyata. Tetapi prihatin seorang bapa, tersorok. Mereka lebih senang memerhati dan menegur dengan cara yang berlainan. Bila saya fikir-fikir balik, mampukah saya menjadi seperti mereka?


Terima kasih ayah untuk segalanya. You are the best father in the world. Ayah memang world!


bapak & anak

Monday, December 27, 2010

pesanan penaja

Jgn cpt declare n jgn cpt jatuh hati.. Nnti ez come ez go. ape2 pun, mesti ade pegangan n prinsip hidup k.. -kak ems, 2010. muehehe..

btw, thanx a lot sis! :)

Saturday, December 25, 2010

Sesekali berpoya-poya

Salam

Yihaa kembali ke tempat asal. Menghabiskan saki baki cuti yang tinggal 2 hari. Jumaat-Isnin weh! Syiok!

Last week was blast. Rabu. Lepas kerja, aku dan Azie pecut ke Bangi, pick up Nad dan melantak kat Village View. Kenyang! Alhamdulillah. Khamis. Lepas kerja, dengan Azie jugak, pecut ke Alamanda. Tengok wayang, Gulliver's Travel. Syok jugak. Pastuh melantak KFC. Sampai rumah dekat 11 malam. Aku rasa macam keluar dari sangkar. Sebabnya tiap-tiap hari aku buat benda yang sama. Bila sesekali dapat berjimba memang seronok. Lagi2 dengan kekasih hati (jangan salah paham, im not lesbo! Wahaha). Pagi Jumaat, lepas drop Azie kat LRT Sg Besi, pecut ke Serdang. Teman Cik Bedah register master. Congrates Cik Bedah. Cita-cita kamu untuk buat master tercapai jugak. Move forward okeh! Setel semua, pegi amik moto kat Pejabat Poslaju Bdr Baru Bangi. Peh seronok jugak merempit. Dah lama aku x merempit jauh macam tuh.

Setel segala urusan, baru pecut laju balik BP. Hai leganya dalam hati. Alhamdulillah safely arrived. Hah, dekat BP Mall ade sales. Sales untuk pakaian dalam wanita. Ahaha.. Murah2. (saje aku nak bg Cik Bedah jeles) Dah, tu je. Merepek banyak2 kang bosan.


 

Ok bye!

Monday, December 20, 2010

Kerja gila?

Salam

Jumaat lepas aku rasa macam buat kerja gila. Tapi x la gila sangat. Kot? Haha.. Petang tu opis aku ada event sambut orang besar company. Patutnya balik kerja 4.45 petang, tapi sebab nak sambut orang besar mat salleh tu, kena stay dan event tu start pukul 5 berakhir hamper jam 8 malam. Tapi aku x stay sampai pukul 8 pun. Mula2 rasa nak 'shishi' dan memang x tertahan, aku cakap kat akak sebelah yang aku nak pegi toilet. Time tu jugak ada 2 orang staf lain duduk dalam opis. Aku rasa diorang baru lepas sembahyang maghrib. Alhamdulillah. Pastuh aku tengok sorang staf tu blah. Dia tulis kat buku sign out attendance 'family matters'. Ohh aku pun join ah. Aku memang nak balik Johor malam tu gak. Aku tulis kat situ 'family matters. Back to Johor.' DONE! Lagipun Chek Put sudah otw dalam tren ke Bdr Tasik Selatan. Aku janji dgn dia tunggu kat sana untuk sama2 pulang ke kg halaman (chewah!). aku kuar opis jalan laju2. Dah r hujan renyai, dah gelap, tapi seb baik ramai lagi orang. Aku jalan selaju yang boleh. Besar punya langkah. (Nasib baik pakai seluar bukan kain). Dalam hati kata, nasib ah. Kena sound pun, kena lah. Pedulikan. Waktu2 maghrib kau nak buat event kan? Apa kes? Aku tabik bagi mereka yang masih ingat kewajipan sebagai seorang Muslim.


Sampai Bdr Tasik Selatan, aku Nampak Put tengah tercongok-congok tunggu. Haha. Tunggu Panda pulak. Pasal dia tolong anta kereta yang aku parking kat rumah Rai. Lepas anta Panda, kitorang terus pecut balik BP. Singgah R&R Seremban kejap. Sembahyang, isi minyak, isi perut segala, jalan. Bawak slow2 sebab hujan dan dah malam. Mata aku memang mengantok, tapi tahankan. Nasib baik Put ada sebagai tukang bebel. Bila drive jauh sorang2, aku memang senang mengantok. Nak elak mengantok, aku selalu buka radio kuat dan aku nyanyi sekali. Dah penat nyanyi, aku senyap, sakit tekak. Keh2.. malam tu kitorang sampai BP around 12.30 am. Gila x gila. Tegar punya perempuan-perempuan. Alhamdulillah, Allah lindungi kami. Memang tiap kali apa yang aku buat sejak aku hidup berdikari, aku doa Allah lindungi aku. Ibu dengan ayah haruslah. 2,3 kali call for all the way. Risau.


Sampai rumah, sembang dengan ayah, ym dengan kau. Aku tido dekat kul 3. Esoknya, haha.. tengah hari aku bangun. Penat? Jangan cakap r. wohoo..


Bila Ahad, mood nak balik punya la malas. Lepas pegi kenduri kawin kakak Quyah, aku lepak2 lagi kat rumah. Lengah sana sini dekat pukul 6 ptg baru aku gerak. Tu pun ibu dah bising2, dah siap isikan air untuk aku. Dah siap bekalkan roti lagi pasal aku cakap, aku x ada stok roti dan malas nak beli. Itulah dia insan bergelar ibu. Biar dia bebel dari pagi sampai malam, tapi dia tetap sayang anak-anak. Sanggup buat apa saja untuk anak. Sweet kan? Dari BP aku balik KL sorang2. Put dah balik dengan abang dia. Drive la slow2. Mengantok lagi. Bila speed, kurang mengantok sebab aku kena berjaga. Tapi bahaya ah. Aku dah tobat cikit. Oh ye aku fikir, aku kena burn CD banyak2. X pun beli USB kabel. Boleh cucuk MP3. Sampai KL 9.30 mlm camtu. Alhamdulillah. Fuh.. Papepun, maintain senyum walau hati kadang2 x tenteram. Dah r, malas pk.


Sunday, December 12, 2010

Kota ini

Di pagi kala aku turun dari blok rumah ini dengan satu niat untuk mencari rezeki. Di dalam hati sentiasa berdoa agar Allah meredhai dan melindungi aku. Aku katakan pada diri, aku ini anak rantau yang datang ke sini untuk mengenal erti pahit manis kehidupan. Makanya aku kuatkan hati. Meredah lautan manusia, melihat kesibukan kota, dan masing-masing berkejar ke sana sini demi memenuhi tuntutan kehidupan. Aku diam. MP3 menjadi peneman setia. Sekejap-sekajap aku ralat memerhati gelagat manusia. Benar kata ayah, aku ini anak yang kuat memerhati. Kadang-kala aku tersengih sendiri dengan ragam manusia.


Sedang aku enak melayan setiap alunan muzik di telinga, aku terfikir, mengapa mereka, aku, memilih kota ini untuk mencari nafkah? Bagaimana mereka yang berkeluarga survive di kota yang serba mahal lagi sibuk ini? Saat itu juga, hati aku tegar berkata, ah tempat ini bukan jiwa aku. Biar mereka kata seronok, biar mereka kata serba-serbi ada, tetapi aku tetap mencintai kedamaian daripada hiruk-pikuk kota. Aku mahu keluar dari kota ini. Mungkin aku di kota ini sekejap cuma sekadar untuk mencari secebis pengalaman buat pedoman masa hadapan. Niat di hati, aku mahu membina keluarga jauh dari hiruk-pikuk kota. Biar generasi aku jiwanya tenang, setenang jiwa aku di kampung halaman tercinta. Aku teramat bersyukur kerana aku bukanlah anak kota. Aku lahir di bandar kecil yang kini telah membangun. Tidaklah sepesat kota ini tetapi memadailah dengan pembangunan yang ada.


Ku katakan pada hati, selepas ini aku mahu cuba mencari nafkah bukan di kota lagi. Cukuplah secebis pengalaman yang aku kutip kini. Sesungguhnya aku ini anak yang cintakan keamanan. Sesekali meredah hiruk-pikuk itu tidak mengapa. Yakinlah, hanya jasadku tegar berada di tengah kepesatan dan sibuk kota tetapi jiwa aku tetap berada pada landasan kedamaian dan ketenangan desa.


Keluarkan aku dari belenggu kesesakan ini.

Tabahlah wahai hati. Engkau tidak bersendirian di kota sesak ini. Dahulu aku katakan bahawa aku mahu menguji sejauh mana kuatnya mental aku menempuh kehidupan di kota ini. Dan kini, aku sudah mengerti akan suka duka kehidupan di sini. Terima kasih Tuhan untuk setiap inci kegagahan yang Kau beri dalam diri ini. Terima kasih juga untuk secebis pengalaman yang terlalu berharga buat diri ini.


p/s: buat mereka yang seperti aku (azie, one, fendi), tabahlah. pasti ada sinar pada hari mendatang.

Larian Serentak

Salam


Selamat hari Ahad! Haha. Apa cerita hari semalam? Al kisahnya kena berlari. Eh xde lah berlari sangat pun. Jalan je lebih. Konon-konon yang muda kena berlari, tapi yang muda ni pancit. Stamina down. Hampeh gila. Bila ingat-ingat balik, aku rindu zaman kat PLKN. Peh body memang fit. Stamina mantap. Aku suka! Tapi sekarang, setakat berjalan tu ok ler. Nak suruh berlari? Surrender! Dah sangat sangat jarang bersukan. Looser lagi. Tapi xpe, asalkan dapat sijil. Kira orite lah tu. Larian Serentak 1 Malaysia beb. Jangan main2. Hak2. Poyo.


Lepas tu merayap pergi Pasar Malam kat Bangi. OMG!! Banyak gila tudung cantek lagi murah!! Mula la kan nak rambang mata. Oh perempuan-perempuan! Beriye aku nak save, lagi aku sudah terbuang duit. Eh tapi x pe, aku rasa berbaloi. Bukan senang mau dapat yang lawa lagi boleh tawar sampai dapat murah. Eheh! Syok!


sebelum larian

selepas larian. DONE!


pssst: Tiap-tiap hari pergi kerja, mengadap PC yang amat lembap. Aku benci. Melambatkan kerja aku. Damn! Aku x suka tahu x! Keadaan pun boleh jadi huru-hara. Entah apa-apa. Tengoklah satu hari nanti. *Thinking about my future* (kan best kalau belajar je, mak ayah consider lagi apa yang kau nak. Sekarang kena cari sendiri. X best nya. hmmm)

Wednesday, December 8, 2010

Put give me this

"dlm kita melangkah, terkdg kita diuji dgn ujian yg terasa berat, hingga kita terduduk & menangis, peritnya terasa..tetapi ketahuilah & renungilah dlm diri krn mungkin air mata itu hadir krn DIA mahu menjahit sejadah iman yg kian terkoyak lantaran ada alngkah2 yg tersasar..semoga tabah & ditetapkan iman.." :)

- this is what I got from my dearest Chek Put when I was down. Thank you so much dear.

Monday, December 6, 2010

Salam Maalhijrah

Salam


Sudah lama tidak berupdate. Tuan empunya blog baru nak sembuh dari demam. Lately ni hidup macam pack. Sabtu lepas pergi Segamat, kenduri kawin Kak Sela. Jauh nya rasa. Huhu. Entah, mungkin x biasa ikot jalan kampung. Selalunya kalau balik Batu Pahat, memang ikot highway manjang. Hampir 20 orang ke kenduri kawin Kak Sela. Kebetulan pada hari tu, hujan sepanjang hari. Hujan rahmat.

sebahagian dari geng BSPT yang hadir pada hari tersebut.

Nak maghrib baru sampai Serdang. Penat jangan cakaplah. Sudahlah badan tidak sihat, selsema batuk melanda. Apalah nasib. Ujian dari Tuhan. Sudah ke klinik, dan dapat mc. Tapi bos pulak membebel. Adeh, betul la apa yang mereka cakap sebelum ni. Lantak ah. Aku x kisah. After 6 months, aku boleh blah. Aku x kisah sebab tu bukan field aku. Bukan minat aku 100%. Mungkin sebagai langkah permulaan dan landasan untuk aku terus melangkah dalam dunia pekerjaan. Damn! Kerja memang bosan. Aku rindu gilaaaaaaa zaman degree kat UPM. Aku rindu budak2 BSPT yang best. Rindu semuanya. Sangat!


MAHA 2010 juga x ketinggalan. Cekal meredah lautan manusia. Fall in love with agric since I was doing Agribusiness during my study. Ohhh~~ Entah bila dapat get involve dengan agric lagi.

kami naik tram ni. x larat nak jalan jauh2 dek panas mentari.

durian! maveles. saya dan bedah si kepochi.

saya dan azie bambam. hehe.. kenal x siapa tengah2 tu? chef Florence yg selalu kat rancangan masak2 tuh.


Mood x berapa nak betul bila aku sakit. Jangan buat hal. Kepala otak pun blur. Sabar lah wahai Farah. Ohh ye, Salam Maalhijrah untuk semua umat Islam. Semoga mendapat keberkatan dariNya. Amin.